Tips kuruskan badan: Plateu?

Pada entri yang lepas, saya telah kongsikan tentang pengiraan DCR atau Daily Calorie Requirement. Kali ini saya ingin kongsikan pula istilah baru iaitu PLATEAU.

kuruskan badan

Apa itu PLATEAU

Pernah dengar situasi begini?

Bulan pertama turun 4kg
Bulan kedua turun 3kg
Bulan ketiga turun 2kg
Bulan ke empat & seterusnya, tak turun2 dah!

kuruskan badan


Kemudian mulalah mengeluh, kemudian mengeluarkan fatwa sendiri bahawa dah capai berat paling minimum dan tak boleh turun dah (sampai had); tak kurang juga yang menghempas penimbang, konon-kononnya penimbang tersebut sudah rosak. Kes yang sama juga dapat dilihat di kalangan mereka yang cuba untuk naik berat, tetapi gagal, konon-kononnya dah mencapai berat maksimum. Tapi pernah tak korang terfikir kenapa hal ini berlaku?

Kira semula DCR


Mudah sahaja, inilah kelicikan DCR anda. Perasan tak yang akan berubah dalam kiraan DCR anda ialah berat anda:

Lelaki: BMR = 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM) – (6.8 x UMUR)
Wanita
: BMR = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM) – (4.7 x UMUR)

DCR = BMR x 'faktor aktiviti'

Sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2
Lightly active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
Very active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
Extra active (sports twice a day) = BMR x 1.9



Untuk mendapat nilai tepat DCR anda, kiraan semula DCR perlu dilakukan utk mendapat nilai yang baru setiap kali anda mengalami penurunan atau pertambahan berat badan.

Katakan, 

Permulaan diet, berat Aliah 54 kg, maka nilai asal DCR = 2075 kcal
Hujung bulan pertama, turun 4 kg, berat jadi 50 kg, maka nilai baru DCR = 2008 kcal
Hujung bulan kedua, turun 3kg, berat jadi 47 kg, maka nilai baru DCR = 1964 kcal

Maknanya pengambilan kalori semakin berkurang!

Jadi, susun strategi yang betul untuk penurunan/penambahan berat anda. Jgn berhenti, plateau sekadar cabaran kecil untuk anda mendapat berat yang ideal.


Untuk tempahan Set Slim,
Masitah
sms wassap 0192318050
me.masitah@gmail.com 
Like & pm facebook vitaminpilihanibu

 

No comments:

Post a Comment