Kenali bayi anda!

Salam semua!

Post kali ini tentang pengalaman bayi saya semasa saya mengambil vitamin-vitamin shaklee, juga ESP dan PD.

Memang difahami reaksi setiap bayi adalaah berbeza. Tahap ketahanan atau sensitif perut juga berbeza.

Alkisah baby saya, Aina, kesimpulannya dia memang mempunyai perut yang agak sensitif :)

Alfalfa

Permulaan saya mengambil alfalfa sebagaimana yang disarankan 2 biji setiap kali selepas pam. Hari pertama pulang ke rumah dari ofis & direct feed aina, terus dia meragam kembung perut. Saya masih tidak dapat mengenal pasti mengapa.

Hari kedua & ketiga jua sama. Lantas saya terfikir, vitamin terakhir yang saya makan sebelum pulang ialah alfalfa! Lantas saya berhenti mengambilnya 1-2 hari, kemudian mengambilnya semula dengan mengurangkan dos pengambilan, hanya 1 biji setiap kali selepas pam. Alhamdullillah aina ok :)

Pada saya, saya perlu mengambil alfalfa as milk booster coz jika saya terlupa mengambilnya kuantiti susu akan sedikit berkurangan. Tp tidaklah sangat ketara.

Performance Drink (PD)

Saya mula mengambil PD semasa bulan Ramadhan, kerana bimbang akan dehydrate. Ini berdasarkan pengalaman saya ganti puasa tanpa PD.

Permulaannya, saya mengambil 1 sudu bersama 1/2 gelas air kosong. Aina ok. Kemudian, saya tambah 2 sudu bersama 1 gelas air kosong semasa sahur. Aina cirit-birit warna hijau selama 2 hari.

Lantas saya berhenti mengambil PD selama 1-2 hari, dan mengambilnya semula dengan kadar 1 sudu sahaja. Dengan PD, saya mampu cergas dari pagi hinggalah ke waktu berbuka dan dapat mengekalkan sesi pengepaman dengan jaya :)


Dari pembacaan saya dari BabyCenter, ini katanya:

Gambar Contoh

"Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut."

"Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan sensitif makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda." 

Setiap bayi adalah berbeza. Untuk apa-apa jua pengambilan makanan tambahan atau vitamin, amatlah disarankan mengambil dos yang kecil dahulu sebelum menambah dos yang lebih banyak.

Bayi anda bagaimana? 

Dapatkan Set Berpantang & Menyusu segera,

Masitah  
sms wassap 0192318050
me.masitah@gmail.com  
Pm kami di facebook vitaminpilihanibu
 


No comments:

Post a Comment